PETALING
JAYA: Perhimpunan agung Umno Umno kali ini adalah untuk mengesahkan
kesediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke 13.
Tirai perhimpunan dibuka dengan perasmian perhimpunan Pemuda, Wanita
dan Puteri oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada
malam esok.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu BN menang besar dalam
pilihan raya kali ini bagi menebus tsunami 2008 di mana parti itu tidak
memiliki majoriti di Parlimen.
Kekalahan besar itu merupakan yang pertama bagi BN dan sangat memalukan bagi sebuah parti yang sangat berpengalaman dan kaya.
Bagaimanapun, tumpuan pasti lebih kepada amanat Najib pada majlis perasmian perhimpunan pada hari Khamis ini.
Anak bekas Perdana Menteri kedua itu akan mengetuai pilihan raya umum
yang pertama selepas mengambilalih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad
Badawi pada Mac 2009.
Najib berulang kali meminta rakyat khususnya pengundi menolak pembangkang dan terus memberi mandat kepada BN.
Sunday, November 25, 2012
Wednesday, November 14, 2012
HISAP SHISHA MERBAHAYA
|
Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.
SM MOHAMED IDRIS presiden CAP. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmiMalaysiakini.
Langkah ini perlu diambil dengan segera memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain.
Penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.
Mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.
Dalam satu laporan oleh sebuah akhbar tempatan yang memuatkan temubual dengan seorang pengamal perubatan mengenai bahaya menghisap shisha, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan kesihatan.
Penggunaan arang dalam peralatan dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran pernafasan si penghisap.
Air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa penjang.
Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa supaya mengharamkan penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha.
Tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan.
SM MOHAMED IDRIS presiden CAP. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmiMalaysiakini.
Sunday, November 4, 2012
LEPAS HINA AGAMA, SEKARANG HINA ORANG ISLAM PULAK
KUALA LUMPUR: Selepas menyinggung perasaan umat Islam dan dimalukan teruk apabila penulis blog seks berkata rakan karib mereka adalah idolanya, Umno cuba menyelamatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dengan membiarkan Mingguan Malaysia meletakkan penjelasan Chua di muka depan semalam.
“Tapi sudah terlambat. Laporan itu back-fire lagi, Chua kini dilihat dari menghina Islam kepada menghina kebijaksaan umat Islam terutamanya pengundi Umno dengan penjelasannya,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.
“Apakah perlu lepas 2 minggu lamanya baru beri penjelasan? Sudah tentu tidak. Penjelasan Chua sepatutnya datang lebih awal. Tapi kerana penulis blog seks berkata Chua adalah idolanya, maka penjelasan itu terpaksa ditangguhkan. Kalau keluar masa yang sama, keadaan akan menjadi sangat kelakar dan kekok pada Umno,” tambahnya lagi.
Sumber itu memberitahu kerana Umno tidak dapat menceraikan MCA, dan tidak boleh melakukan apa-apa untuk memaksa Chua turun takhta, maka jalan terakhir ialah untuk cuba menyelamatkannya dan cuba selamatkan balik apa yang telah dirosakkan Chua terhadap undi Melayu atas pagar.
Semalam, Chua mengeluarkan satu kenyataan panjang mendakwa bahawa beliau dan MCA hanya menentang hudud PAS dan menuduh Pakatan Rakyat memutar belit kenyataannya.
“Itulah yang orang terasa Chua sedang menghina intelek orang Melayu Umno. Masa Adun Johor buat usul hudud, beliaulah orang pertama yang menghinanya berkata beliau hilang idea dan kemudian kata nak keluar BN,” kata sumber dalaman Umno itu.
Tambahnya lagi, orang dan pemimpin Umno juga terasa kecil hati apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata hudud tidak mempunyai kesan kepada bukan Islam ditempelak Chua seperti beliau seolah-olah seorang menteri agama yang bodoh kerana tidak membuat kajian terperinci sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“Jamil cuba damage control akibat keceluparan Chua dan MCA pada perhimpunan agung mereka, tapi Chua tak faham dan ego mempercayai bahawa keberanian menegur Jamil bakal membantu MCA mendapatkan kembali sedikit undi Cina. Tapi Chua tersilap, dan UMCEDEL dah buktikan isu hudud dah tak makan,” terang sumber dalaman Umno itu kepada Harakahdaily.
Sumber dalaman Umno itu turut berkata dalaman Umno kini berpecah pada pendapat mereka terhadap Chua.
“Kem anti-1Malaysia tidak mahu lagi bersekongkol dengan Chua kerana merasakan Chua dan MCA sudah tidak berguna malah kini menjadi lebih tidak berguna dan berbahaya kepada undi Melayu yang mereka perlukan untuk kekal berkuasa.
“Kem pro-1Malaysia pula merasakan PRU13 BN akan tewas jika tiada sokongan bukan Islam dan mengharapkan serangan Chua bertubi-tubi pada PAS akan dapat mendapatkan kembali sedikit undi Cina pada BN,” kata sumber dalaman Umno itu lagi.
Tapi segalanya berubah, kata beliau apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau sedia bertanding di Pekan sekiranya diarahkan oleh parti.
Sumber politik itu berkata kenyataan Hadi telah menjadikan slogan PAS ganti Umno kini betul-betul akan diperdebat dan dibandingkan oleh rakyat jelata berhubung tahap pemimpin PAS dengan pemimpin Umno.
““Isu itu menyebabkan orang bukan Islam terutamanya Cina dan Melayu kini terus membuat perbandingan antara PAS dengan Umno. Lihat barisan ini – Nik Aziz banding dengan Dr Mahathir, Najib dengan Hadi, Muhyiddin dengan Mat Sabu, Mahfuz (Omar), Salahuddin (Ayub), Husam (Musa) dengan Hishamuddin (Hussein), Ahmad Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Tuan Ibrahim dengan Ahmad Maslan – Umno dah tewas 7-0 dari segi integriti, kebolehpercayaan dan amanah – dalam erti kata lain boleh ganti Umno dengan PAS,” katanya.
Jadi penjelasan Chua, katanya, sudah terlambat bahkan merugikan dan merumitkan lagi keadaan kepada Umno.
“Kesian kat backbenchers Umno-BN yang mengambil isu-isu ekonomi untuk melawan Pakatan Rakyat… tiba-tiba Chua merosakkan semuanya kembali dengan kenyataan terbarunya,” kata sumber itu lagi.
Perhimpunan Agung Umno akan datang, kata sumber dalaman Umno akan menentukan sama ada MCA diperlukan lagi atau tidak bersama Umno untuk menghadapi PRU13.
“Tidak mungkin tendang MCA keluar, tapi Umno akan menyuruh MCA menutup mulut sehingga PRU13 selesai. MCA dah tewas habis, cuma sekarang jangan susahkan Umno lagi,” kata beliau.
harakah/-
Subscribe to:
Posts (Atom)