Friday, May 25, 2012

Setujuke PLKN wajib!

Ramai pihak menolak cadangan mewajibkan semua pelajar lepasan sekolah menengah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Beberapa pertubuhan pendidikan, ibu bapa dan pelajar memberikan pelbagai sebab mengapa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr Tiki Lafe.Dr Tiki pada Khamis berkata, cadangan itu telah dibincangkan oleh MLKN dan akan diusulkan kepada kerajaan untuk persetujuan selain meminta maklum balas dari orang ramai.

“Jika ia dipersetujui, kira-kira 500,000 pelatih akan terlibat untuk satu tahun. Oleh itu, kami akan mengkaji kemudahan sedia ada sama ada ia perlu diperluaskan untuk menampung pertambahan peserta,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, agak sukar untuk menempatkan kesemua lepasan sekolah menengah kerana program itu boleh menampung sekurang-kurangnya 90,000 pelatih setiap sesi pengambilan.

“Kita akan memilih pelatih secara rambang untuk ditempatkan di 79 kem seluruh negeri. Agak sukar menempatkan kesemua lepasan sekolah menengah kerana jumlahnya hampir setengah juta,” katanya pada Jumaat.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, orang ramai tidak akan bersetuju dengan cadangan tersebut sehingga kemudahan di kem latihan dipertingkatkan.

“Sehingga perkara melibatkan keselamatan boleh dijamin, program tersebut tidak boleh diwajibkan,” katanya.

Ibu bapa turut menyatakan rasa bimbang mengenai keselamatan, kesihatan dan kebersihan.

“Kem latihan yang disertai anak saudara saya mencatatkan kes buli paling tinggi,” kata Karen Wong, 48, yang turut memiliki seorang anak lelaki di Tingkatan 5. Lawrence Liu, 53, yang mempunyai anak perempuan di Tingkatan 4 berkata, program itu berdepan dengan masalah keselamatan.

“Terdapat banyak kes kematian berlaku. Apabila pelatih sakit, tiada perhatian secukupnya diberikan,” katanya.

Pelajar Tingkatan 4, Amin Haikal Ahmad, 16, dari SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu berkata, program tersebut mempunyai masalah imej.

“Saya terdengar pelbagai cerita mengerikan dari beberapa kem latihan…saya tidak mahu menyertai program itu walaupun niatnya baik,” katanya.

Nur Fatin Syahmi Aqilah Mohd Ghani, 16, berkata, kerajaan perlu menggalakkan pelajar lepasan sekolah menengah menyertai program sukarelawan berbanding memaksa mereka menyertai program PLKN.

Sunday, May 20, 2012

Rugi sangat ke masa BERSIH 3.0???

* Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini minggu ini. Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.

Saturday, May 19, 2012

DIBAWAH KETUA MENTERI CINA, AZAN DAN SOLAT DI PADANG KOTA LAMA.....



28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - (Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud) GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012. Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman. Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing

Anuar Musa menang semalam? Anuar Musa Sokong Tuntutan Royalti Minyak Akhirnya!!


Perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Kelantan sering membawa bersama persaingan politik parti melibatkan PAS dengan Umno.

Penguasaan PAS dalam kerajaan negeri dan Umno melalui persatuan bola sepak negeri menjadikan persaingan ini lebih sengit, dengan masing-masing berusaha dengan pelbagai cara untuk menunjukkan kaitan dan mengambil manfaat.

Kedua-dua kerajaan negeri dan persatuan bola sepak negeri sebelum ini berusaha menarik perhatian sebagai pihak yang mempunyai kaitan dalam kemenangan pasukan Kelantan, melalui pelbagai tindakan termasuk pemberian hadiah. 

Kali ini, Umno, atau lebih spesifik lagi Tan Sri Annuar Musa mempunyai kepentingan terbesar dalam kemenangan pasukan bola sepak Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby malam ini.

Walaupun PAS yang menguasai kerajaan negeri masih boleh meraih kredit, Annuar mempunyai satu kepentingan peribadi yang lebih besar dalam perlawanan malam ini, ekoran hukuman gantung daripada jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM.

Annuar menerima sokongan kuat penyokong dalam pertembungan ini, ekoran peranannya yang dianggap telah berjaya membantu meningkatkan prestasi pasukan Kelantan sejak beberapa tahun lepas.

Malah, akhbar Umno, Utusan Malaysia turut memuatkan kenyataan sokongan kepada Annuar oleh pemain Kelantan di muka depan hari ini, memetik Mohd Badhri Mohd Radzi sebagai berkata, "Saya mahu pastikan Piala FA ke Kota Bharu dan hadiahkannya kepada Tan Sri Annuar Musa."

Kenyataan yang mengaitkan terus perlawanan malam ini dengan Annuar ini memberi gambaran sokongan meluas untuk Annuar, termasuk dari kalangan Umno sendiri.

Annuar menunjukkan sikap melawan dalam menghadapi krisis dengan FAM ini, dengan sengaja melibatkan diri dalam aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan, KAFA, sehingga diberi amaran keras oleh badan tertinggi bola sepak Malaysia itu.

Perlawanan malam ini, pada masa pasukan Kelantan mahu mencipta sejarah memenangi piala itu selepas dua kali tewas di perlawanan akhir sebelum ini, mendapat dimensi politik tambahan dengan adanya perjuangan peribadi presiden persatuan bola sepak negeri itu.

AKHIRNYA STADIUM BKT JALIL DIPENUHI DGN RAKYAT MISKIN ~



KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi. Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang piala baru persaingan FA malam ini. KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi tentangan penalti - dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar. Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Piala FA yang sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Friday, May 18, 2012

Brunei negara kaya ke 182 di dunia, Kelantan pun boleh jadi Brunei jika diberi royalti minyak !!

Brunei Darussalam menduduki tangga kelima senarai 182 negara paling kaya di dunia hasil daripada kekayaan sumber minyak dan gas asli negara itu yang menyumbang pendapatan per kapita sebanyak AS$48,000 (RM144,581). Menurut majalah Forbes menerusi laporan dalam taliannya, kedudukan negara terkaya di dunia dinilai berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli. Forbes turut menggunakan data yang dikumpulkan dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bermula 2010 hingga yang terbaru..

Wednesday, May 16, 2012

Pakatan Rakyat tidak boikot PRU13: Saifuddin

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa dan tidak akan memboikotnya walaupun diadakan dalam waktu terdekat. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua jenteranya sudah lama membuat persiapan untuk bertanding dalam PRU13. Menurutnya, PKR khususnya dan PR amnya, akur dengan tarikh PRU13 walaupun mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum telus dalam menjalankan tugas mereka sebagai badan berkecuali.

SHAFIE KENA JELASKAN MANAPUNCA DUIT SEBANYAK ITU

*PETALING JAYA:* Bekas pemandu seorang artis popular, Noor Azman Azemi *(gambar dua dari kanan)* memberitahu beliau pernah diarah membawa wang tunai berjumlah RM1 juta untuk diberikan kepada artis tersebut. Beliau juga mendakwa setiap kali pertemuan antara artis itu dengan seorang menteri, artis itu akan diberikan paling sedikit RM100 ribu. Menurutnya lagi, beliau tampil mengadakan sidang media hari ini kerana mahu membersihkan namanya yang dituduh melarikan RM200 ribu wang artis itu yang juga bekas majikannya.

Monday, May 14, 2012

ADA MORAL KE BUAT SENAMAN BONTOT OLEH BEKAS TENTERA

'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga BEGINIKAH MORAL BEKAS TENTERA? MEMALUKAN... Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini. [image: NONE]Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM). Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.

Imej Pakatan Rakyat bersih ~ Ling Liong Sik


BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik
Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).

"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.

Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.

BNONEerbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.

Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.

"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.

Sunday, May 13, 2012

TARIKH PRU13 TERUS JADI TEKATEKI...


Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.

Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei  ini.
Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.

Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Royal Charter kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.
Jadi Parlimen mungkin dibubarkan selepas 25 Mei iaitu selepas Najib balik dari London. Ternyata Najib hanya mengacah ahli Umno Jumaat lepas dengan reaksinya seolah-olah mahu membubarkan Parlimen hari ini.