Friday, June 21, 2013

MENGAPA PENGERUSI SPR KECUT PEROT BILA SELANGOR TUBOHKAN SURUHANJAYA SIASAT KERJA SPR

Kecut perut Pengerusi SPR

MELAKA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada keperluan bagi Selangor menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas. 

Beliau berkata parti atau ahli politik yang tidak berpuas hati dengan perjalanan PRU13 seharusnya mengikut saluran yang betul dengan memfailkan petisyen di mahkamah.

“Rasa tidak puas hati mengatakan SPR itu dan ini elok dibawa ke mahkamah tetapi berhubung suruhanjaya penyiasatan berkenaan saya tidak pasti apa bendanya, adakah suruhanjaya ini boleh menyiasat SPR yang ditubuhkan di bawah perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil kepada petugas PRU13 di Melaka, malam tadi. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mahu menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan PRU13. Beliau berkata SPR tidak melakukan sebarang penipuan ketika menjalankan tugas sepanjang PRU13 sebaliknya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki SPR namun ia tidak menyebabkan proses pilihan raya lepas terbatal. 

Katanya PRU13 berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi merupakan yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 85 peratus. 

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata parti atau ahli politik juga seharusnya menerima keputusan PRU13 lepas dengan hati terbuka kerana ia adalah keputusan pengundi dan bukannya SPR. 

Beliau berkata perhimpunan haram bertujuan melahirkan perasaan tidak puas hati juga tidak seharusnya diadakan kerana ia tidak mengikut saluran yang ditetapkan. 

Katanya situasi itu hanya membuang masa, tenaga dan menyebabkan kemusnahan harta benda awam sekiranya berada dalam keadaan tidak terkawal. 
-Bernama-

Monday, June 17, 2013

RAFIZI ~ DBKL GAGAL BAGI ALASAN MUNASABAH

Black 505: DBKL gagal beri alasan munasabah- Rafizi

(Oleh: Ruqayya Rahman)
KUALA LUMPUR 14 Jun: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal memberi alasan mengapa Himpunan Black 505 tidak boleh diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“DBKL gagal memberi alasan yang munasabah kenapa himpunan perlu diadakan di tempat tertutup.
“Arahan itu menyalahi hak yang diperuntukkan bagi himpunan aman, kalau kita terus terima keputusan DBKL, ini bermakna kita telah bertentangan dengan prinsip PR yang konsisten mempertahan isu hak dan hubungan langsung dengan rakyat,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pertemuan antara wakil Pakatan Rakyat dan DBKL di Bilik Mesyuarat DBKL, Jalan Raja Laut hari ini. Pakatan turut diwakili dua Ahli Parlimen iaitu Datuk Johari Abdul dan Fong Kui Lun.
DBKL sebelum ini menolak permintaan Pakatan Rakyat mengadakan himpunan di Padang Merbok dan menetapkan himpunan hanya boleh diadakan di stadium dan tempat tertutup.
Bagaimanapun menurut Rafizi, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas mesyuarat diadakan dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO terlibat.
“Setakat ini, mandat kami tidak berubah, himpunan akan tetap diadakan di Padang Merbok. Namun kita akan maklum semula dari masa ke semasa,” katanya menyifatkan pertemuan dengan pihak DBKL hari ini berjalan dalam keadaan baik dan mesra.
Sementara itu, wakil gabungan 50 NGO Suara Rakyat 505, Badrul Hisyam Shaharin (Chegu Bard) berkata, alasan DBKL bersifat politik dan NGO itu akan kekal dengan keputusan sebelum ini.
“Kita sudah buat keputusan bahawa himpunan ini perlu berlaku. Kita sudah ikut semua prosedur, dan ternyata alasan penolakan ini bersifat politik. NGO akan kekal dengan kehendak rakyat,” katanya.

Saturday, June 8, 2013

MARINA TUN MAHATHIR BERJIWA BESAR ~


*Tidak semestinya dinobatkan oleh para pengkagum dan pemujanya sebagai negarawan paling ulung pernah dilahirkan dinegara ini bersifat berjiwa besar, matang dan profesional dalam tindak tanduknya. Itulah yang dapat ditafsirkan mengenai rakaman gambar diatas. YB Nurul Izzah Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Ybhg Datuk Paduka Marina Tun Dr Mahathir. Kelihatan cukup mesra dan mampu ketawa bila bersua muka. Umum sudah pun mengetahui yang DSAI sejak pembebasannya tahun 2006 lagi telah memaafkan apa jua tindakan zalim dan fitnah yang dikenakan terhadap dirinya oleh Tun Mahathir~