Saturday, June 30, 2012

Kesian Najib, mandat rakyat diberi kpd Abdullah Badawi dlm, PRU lepas..


KUALA LUMPUR: Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan raya lalu.

Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN, sekaligus membentuk kerajaan.

"Kalau diikutkan, rakyat beri mandat melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib. Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang berhasrat untuk menunggu tempoh lima tahun sebelum memanggil pilihan raya umum bagi membolehkan beliau meneruskan mandat yang diberikan rakyat.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pihaknya bersetuju dengan hasrat tersebut, dan meminta Najib menyatakannya secara 'akujanji' tentang tempoh lima tahun tersebut.

"Jika benar beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum selepas tamat tempoh penggal yang diberikan, adalah lebih baik jika ia memberi jaminan secara akujanji," tegas beliau lagi.

Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu lagi, dengan hasrat Najib itu juga dilihat mampu menguruskan soal peruntukan negara membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara lebih berkesan.

Sebelum ini, dalam bajet tambahan yang dibentangkan di parlimen, kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada badan pengendali pilihan raya itu.

"Kalau ditetapkan tarikh pilihan raya seperti tepat pada tempoh mandatnya, banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih mudah, termasuk wang peruntukkan yang diberikan kepada pihak berkaitan," tegas Mahfuz.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Najib itu, walaupun ia sebenarnya menunjukkan sikap serba salah beliau yang sehingga kini tidak boleh menetapkan tarikh pembubaran parlimen.

"Bagaimanapun, apapun alasan beliau, kita terima kerana ia lebih memudahkan semua pihak untuk persiapan menghadapi pilihan raya," kata beliau yang dihubungi, hari ini.

Najib, dalam kenyataannya malam tadi menegaskan kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/07/rakyat-beri-mandat-kepada-abdullah.html#ixzz1zNnLdutC

Friday, June 15, 2012

Jom himpun selamatkan Felda 14 Julai


Demo ‘Himpunan Oren Selamatkan Felda’ 14 Julai

Demontrasi besar-besaran yang akan diketuai Mohammad Sabu dan turut dihadiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PUTRAJAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menganjurkan ‘Himpunan Oren Selamatkan Felda’ pada 14 Julai depan bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Saham.
Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, peserta akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kemudiannya berarak sejauh 2kilometer menuju ke Istana Negara bagi menghantar memorandum memohon supaya Yang di Pertuan Agong (YDPA) campur tangan isu FGV.
Menurutnya, demontrasi besar-besaran yang akan diketuai Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dan turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula berarak selepas selesai menunaikan solat Zohor dan solat hajat.
“Kita sudah menjemput beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mansuh Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), NGO Felda,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mensasarkan penyokong sekurang-kurangnya 20,000 peserta, Mazlan berkata pihaknya turut menjemput parti politik Pakatan dan Barisan
Nasional (BN) sama-sama menyertainya kerana ia isu yang membabitkan masa depan peneroka.
“Peserta yang mahu menyertai perhimpunan itu nanti boleh memakai pakaian berkonsepkan warna oren yang melambangkan Felda,” katanya.
Katanya, Anak kini sedang giat mengadakan roadshow memberi penerangan kepada peneroka dan generasi kedua Felda mengenai risiko penyenaraian FGV.
Sebelum itu, Mazlan bersama wakil peneroka hari ini hadir ke Pejabat Perdana Menteri di sini menghantar notis kepada Datuk Seri Najib Tun
Razak menuntut supaya memohon maaf kerana mengungkap perkataan ‘haram jadah’.
Notis itu menganggap Najib semasa menyebut ‘haram jadah’ di Jengka 8, Pahang pada 8 Mei lalu itu boleh membawa maksud anak luar nikah, anak tidak sah taraf, pengkhianat, jenis tak tahu malu, tidak setiua dalam perjuangan, tak jujur, dan tak layak terima durian runtuh.
“Datuk Seri dikehendaki memohon maaf secara terbuka mengikut teks yang akan disediakan oleh kami dihadapan warga peneroka Felda Jengka 8 dan bayar pampasan ganti rugi sebanyak RM10,000 setiap satu klien kami dalam tempoh 48 jam dari tarkikh terimanya surat ini kerana telah mendatangkan keaiban, kerosakan dan kerugian kepada klien-klien kami.
“Kegagalan Datuk Seri untuk berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan undang-undang diambil terhadap Datuk Seri menuntut jumlah
yang dinyatakan termasuk ganti rugi teladan, teruk, kos dan faedah tanpa sebarang rujukan kepada Datuk Seri,” notis tersebut dipetik.
Notis itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Saiful Azhar petang tadi.

Thursday, June 14, 2012

Daulat tuanku!!!!


JOHOR BHARU - 'Dia Kena Minta Maaf Dengan Seluruh Rakyat Johor' - Titah Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa merasmikan pembukaan Dewan Undangan Negeri Johor pagi ini. Sultan Johor bertitah adalah tidak perlu untuk memberi publisiti kepada semua apa yang baginda telah lakukan untuk kebajikan. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah baginda sentiasa menggunakan saluran yang betul untuk melakukan sesuatu.

Wednesday, June 13, 2012

Selangor mampu berikan pendidikan percuma bermula dgn UNISEL

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi gambaran awal bahawa usaha melaksanakan pendidikan percuma di negeri ini mampu dilakukan di Universiti Selangor (Unisel), dalam masa terdekat. Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan cadangan menggunakan peruntukkan RM30 juta daripada penjualan tanah miliknya untuk membantu pentadbiran Unisel. "Saya akan buat beberapa pengumuman berhubung perkembangan Unisel setelah mengadakan mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah tidak lama lagi

Monday, June 11, 2012

DS Anwar di Taman Seraya malam ini

Siri Jelajah Dato' Seri anwar Ibrahim ke Parlimen Pandan Merdeka Rakyat 12 Jun 2012 (Selasa) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat Lokasi: Padang Taman Seraya, Ampang Penceramah: i. YB Datto' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Azmin Ali iii. YB Ir. Iskandar Abdul Samad iv. YB Tony Pua Kiam Wee v. YB Jenice Lee Ying Ha vi. YBhg Rafizi Ramli

Friday, June 8, 2012

Round Satu dah, kena buat round dua ~ Najib

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua "Saya sedang pikiaq (fikir)," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini